Saturday 15 January 2011

Mari belajar menyimpan emas oleh Jurutera Aurum ( Rohisam Anuar)

Topik 1

"Saya nak beli emas, tapi camna ek??"
"Orang kata simpan emas untung, betul ke?? Ada figure??"
"Emas memang untung, saya nak convert semua duit..beli emas"
Berikut adalah antara persoalan yang bermain di minda kita, terutamanya apabila hendak memulakan pelaburan atau menceburi sesuatu bidang, secara khususnya emas. Emas merupakan komoditi yang tergolong dalam 'precious metal' yang mempunyai nilai yang cukup unik. Namun, sebelum memulakan sesuatu adalah amat digalakkan kita mengkaji secara menyeluruh bidang yang ingin diceburi, in other words 'due dilligence'.
Buat rakan-rakan yang ingin mengetahui lebih lanjut, berikut adalah soalan-soalan panduan yang dapat dijadikan sebagai senarai semak:
1. Kalau saya beli emas, adakah saya akan dapat emas??
2. Benarkan emas menguntungkan?? Boleh tunjukkan pada saya??
3. Kalau saya beli emas, simpan. Bila saya akan untung??
4. Emas yang saya beli ini, berapa susut nilainya??
5. Kalau emas ini rosak, saya boleh jual balik ke??
6. Kenapa harga emas dari setiap penjual tak sama??
7. Apa bezanya emas pelaburan dan barang kemas??
8. Bagaimana emas boleh melindungi kekayaan kita??
Pada saya berikut adalah soalan-soalan yang cukup kritikal yang harus difahami secara terperinci oleh bakal pembeli emas dan harus diterangkan secara jujur oleh pengedar dan penjual emas. Sila renung-renungkan….
Topik 2

Dalam post kali ini, saya ingin membincangkan faktor-faktor yang dapat mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas dunia. Sebagaimana kita tahu, emas merupakan komoditi yang tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti peperangan, bencana alam dan ketidakstabilan politik. Meskipun emas amat sukar dimanupulasikan, namun perkara-perkara dibawah perlu dipertimbangkan ketika membuat keputusan melabur dalam emas:
1. Pengaruh kejatuhan/pengukuhan USD dalam kenaikan/penurunan emas
USD memainkan peranan penting sebagai faktor atau indeks perbandingan ke atas emas. Seandainya pengukuhan USD berlaku, harga emas akan mengalami penurunan dan begitu juga sebaliknya. Kestabilan dan peningkatan ekonomi US akan turut mempengaruhi harga emas.
Sebagai contoh, berikutan berita pengukuhan USD dan ekonomi US oleh Non-Farm Payrolls Report telah menarik ramai pelabur untuk beralih dari memilih emas sebagai 'safe haven' untuk melabur ke dalam pasaran yang lebih berisiko tinggi untuk meraih keuntungan yang lebih besar. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.guardian.co.uk/busi…..m-payrolls
2. Pengaruh pengukuhan RM ke atas USD
Pada tahun 2010, kita telah menyaksikan kenaikan RM berbanding USD.. bermula dari 1USD = RM3.80, hinggalah hari ini 1USD = RM3.06. Keadaan ini telah menyebabkan kenaikan harga emas dalam RM pada tahun 2010 adalah rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Apakah benar-benar RM mengukuh??
Kenapa harga minyak terus naik??
Apakah komoditi akan terus naik??
Bagaimana dapat kita pastikan perkara ini??
Satu cara yang paling mudah ialah membandingkankan nilai tukaran RM terhadap nilai matawang jiran kita SGD. Ternyata sebenarnya, RM tidaklah mengukuh dengan banyak tetapi USD yang telah tersungkur. Jadi, berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara, RM mungkin mengukuh relatif kepada USD.. tetapi bagaimana pula SGD. Jika tahun-tahun lalu 1SGD=RM2.20, pada tahun 2010 kadar maksimum yang dicatat 1SGD = RM2.40, dan 1USD = RM3.08 pada hari yang sama. Klink link ini untuk melihat dengan lebih terperinci.. http://www.bnm.gov.my/index.ph…..38;unit=rm
Sebagaimana mana kita mengatakan, 'Harga emas tak berubah, cuma nilai matawang yang jatuh' mungkin itu juga yang berlaku kepada USD, 'Harga RM tak berubah, cuma nilai USD yang jatuh'.
Cuba bayangkan seandainya, kadar tukaran USD ke RM kembali ke nilai asal, nilai emas akan meningkat sebanyak 23% secara automatik. Faktor ini jugalah yang menyebabkan saya terus membeli emas, meskipun ramai yang berkata mahal.
Untuk faktor-faktor yang seterusnya, saya harap para pembaca dapat kongsikan bersama di sini…    

Topik 3

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Kali ini mari kita belajar mengenai pengeluar dan pembekal emas di Malaysia, dan apa kelebihan dan kekurangan dari mata seorang pelabur dan penyimpan. Segala pendapat yang diutarakan adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui…
Ada beberapa kriteria yang saya teliti sebelum membeli emas dari pengeluar / pembekal
-Spread atau susut nilai
-Price revision atau update
-Stock availability
-Business hours
-Business outlet
-Buyback condition


No.KriteriaKijangUOB ProductsPublic GoldGCP
1Spread3.8% – 7.3%4.2% – 11.4%5-6%15% customer,
5% dealer
2Price updateSekali sehari2 kali sehariSetiap 20 minit, 24 jam sehariSekali sehari, 10:00 am
3Stock availabilityCirculated, tiada pengeluaran terbaruStok bergantung pada bankStok ada, tapi mungkin lewat akibat masalah pengeluaranStok bergantung pada ready stok GCP
4Business hours9 am to 5 pm9 am to 5 pmWeb ordering/ lock10 am to 4 pm
5Business outletMaybank terpilihUOB Jalan Sultan Ismail, KL7 cawanganKL
6Buyback conditionTiada calar atau bengkokTiada calar, bengkok, sijil belian harus disertakanTiada masalah jika calar atau bengkok selagi ada sijil ketulenanUtk PAMP, plastic tidak boleh dibuka

Dari maklumat di atas, dapat kita bandingkan kriteria-kriteria dan tujuan kita membeli dan menyimpan emas tersebut. Semoga informasi di atas dapat membantu anda, memilih emas yang bersesuaian dengan  aplikasi
masing-masing. Terima kasih…

ehsan dari
Rosihan Anwar Amran 0194738023, seehan77@yahoo.com
Otai dlm bisnes emas boleh hubungi beliau untuk keterangan lanjut....

No comments:

Post a Comment